Berita

Labuan bakal jadi tuan rumah sidang ASEAN

- Diterbit 9 November 2024 4:11 PM MYT

LABUAN bakal dipertimbangkan menjadi salah satu destinasi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN untuk belia yang dipengerusikan Malaysia pada tahun depan yang melibatkan semua negeri.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, kementeriannya kini dalam perancangan untuk menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi penganjuran program sempena persidangan tersebut.

Katanya, setiap kementerian diminta merangka program masing-masing di kepelbagaian lokasi di seluruh negara termasuk Labuan.

“Susulan daripada penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN yang dipengerusikan oleh negara kita pada tahun depan, kita sedang mempertimbangkan untuk jadikan Labuan sebagai salah satu daripada penganjur program ASEAN untuk belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Topik semua Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) kita akan memperhalusi cadangan tersebut dan kita pastinya akan berikan pertimbangan untuk Labuan”, katanya kepada pemberita pada Majlis Libat Urus Bersama NGO Belia dan Sukan di sini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

Hannah berkata kementeriannya turut diminta untuk melihat potensi Labuan sebagai tuan rumah Ekspo Industri Sukan 2025 sebagai usaha kementerianya bagi membantu merancakkan ekosistem sukan dan belia di pulau ini.

Dalam pada itu beliau turut mengumumkan bahawa pihak KBS turut menyediakan geran padanan sukan dan dana sukan komuniti yang boleh dimohon dan dimanfaatkan oleh NGO belia dan sukan di Sabah, Sarawak dan Labuan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas