Berita

Labuan Avian rekod penemuan burung Slaty Legged Crake

- Diterbit 24 Jun 2023 4:52 AM MYT

LABUAN Avian atau kumpulan pemerhati burung Labuan telah berjaya merekodkan penemuan spises Burung Belukar Kaki Kelabu atau Slaty Legged Crake pada sabtu lalu di Kampung Bukit Kalam, Labuan.

Menurut penyelaras kumpulan pemerhati burung Labuan, Noralip Hassanuddin, penemuan itu merupakan rekod ke dua dicatatkan di Wilayah Persekutuan Labuan dan rekod pertama bagi Borneo.

“Slaty Legged Crake sejenis burung dalam keluarga (Rallina Eurizonoides), biasa ditemui di Wilayah Asia Tenggera dan beberapa bahagian di Asia Selatan.

“Spesis ini pernah direkodkan pertama kali pada 6 September 2018 yang ditemui di kawasan padang golf Labuan dalam keadaan tercedara.

“Penemuan kali ini agak istimewa kerana burung ini ditemui dalam dalam keadaan sihat dan menjalani kehidupan dalam kawasan habitatnya, ini adalah merupakan rekod pertama di Borneo yang mana kita dapat melihat secara langsung kehidupan spises ini dalam habitatnya “ katanya ketika dihubungi WilayahKu, hari ini.

Tambahnya, mengikut data burung migrasi di Pulau Labuan pada bulan April hingga Ogas setiap tahun kebanyakan datang dari arah negara Selatan.

Katanya, penemuan itu juga telah menarik perhatian kumpulan pemerhati burung di kawasan Borneo terutama dari Sabah dan Negara Brunei Darulsalam.

“Kepada peminat dan pemerhati burung yang mahu mengikuti perkembangan burung ini boleh melayari youtube Labuan Avian Group dan kepada yang ingin membuat pemerhatian di lokasi boleh berhubung dengan Noralip Hassanudin melalui e-mail [email protected] ,” katanya.

Sementara itu, seorang pemerhati burung dari Sabah CK Leong menzahirkan rasa teruja dan merakamkan penghargaan kepada kumpulan pemerhatian burung Labuan atas penemuan tersebut.

“Sehingga kini belum ada rekod menunjukan penemuan spises ini dapat dilihat dengan mata di kawasan Borneo, penemuan ini terlalu istimewa dan menarik.

“Spesis burung migrasi yang singgah di Pulau Labuan agak unik dan menarik, ini adalah kali ketiga saya datang ke Pulau Labuan untuk membuat pemerhatian dan menambah jumlah koleksi ‘lifer” saya,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas