Berita

Kumpulan BeVital lancar pusat fisioterapi untuk golongan rentan

BEVITAL hari ini melancarkan Pusat Fisioterapi BeVital di Selayang di sini untuk membantu asnaf. Kredit foto: BERNAMA
- Diterbit 20 April 2022 1:40 AM MYT

KUMPULAN BeVital hari ini melancarkan Pusat Fisioterapi BeVital di Selayang di sini untuk membantu asnaf, pelarian dan golongan rentan yang lain.

Pengasas kumpulan itu Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata pusat itu yang dibantu oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) dan Pasukan Bantuan dan Respons IMAM (IMARET) menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan fisioterapi dengan harga berpatutan untuk membantu golongan berkenaan pulih daripada strok dan penyalit lain.

Kebanyakan daripada mereka adalah pekerja berkaitan 3D (kotor, bahaya dan sukar) dan pencari nafkah untuk keluarga mereka, mereka terdedah kepada kecederaan dan kemalangan dalam kerja mereka. Jika mereka cedera mereka tidak boleh bekerja,” kata beliau pada pelancaran pusat itu di sini hari ini.

Misi mereka bermula pada Feb 2022 menerusi program perkhidmatan bantuan dengan menyediakan akses kepada pesakit memerlukan fisioterapi. Setakat ini mereka telah membantu hampir 60 pelarian.

Sementara itu, seorang pelarian Myanmar Mohd Shafi, 45, yang mendapatkan  rawatan menerusi  program perkhidmatan bantuan BeVital selama tiga bulan telah menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan selepas menjalani fisioterapi selepas diserang strok.

“Saya dapat merasakan perbezaan kesihatan saya menerusi rawatan ini sejak diserang strok sembilan bulan lepas,” katanya. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas