Berita

KPT terima draf Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
- Diterbit 27 Februari 2025 9:23 PM MYT

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) secara rasmi menerima draf Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025-2035 yang baharu.

Dokumen tersebut akan dibawa serta dibentang ke peringkat seterusnya sebelum dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.

KPT dalam kenyataan memaklumkan draf peln berkenaan telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

selepas sembilan bulan Kumpulan Pakar PPTM 2025-2035 yang diketuai oleh Datuk Profesor Emerita Dr Asma Ismail menyiapkan rangka tindakan baharu bagi pendidikan tinggi negara.

PPTM 2025-2035, hasil usaha anak tempatan tanpa bergantung kepada perunding asing sekali gus membuktikan keupayaan pakar Malaysia dalam merangka hala tuju pendidikan tinggi negara.

“Pembangunan rangka tindakan ini melibatkan lebih 8,226 pihak berkepentingan melalui sesi perbincangan, validasi dan tinjauan kebangsaan serta disiapkan dalam sembilan bulan, satu tempoh yang jauh lebih singkat berbanding rangka tindakan sebelumnya yang mengambil masa dua tahun.

“Proses penyelidikan ini turut merangkumi lebih 240 mesyuarat, 100 kajian rujukan dan 181 individu termasuk pakar akademik serta lebih 22 penulis daripada Universiti Putra Malaysia (UPM),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya PPTM 2025-2035 menekankan akses pendidikan inklusif, transformasi digital dan daya saing
global serta mencatat pencapaian asas.

“Pelaksanaan rangka tindakan ini memerlukan komitmen kerajaan, institusi pendidikan tinggi, industri dan masyarakat bagi memastikan Malaysia terus relevan dalam lanskap pendidikan tinggi global,” katanya.

Majlis Sign Off PPTM 2025-2035 yang berlangsung petang semalam menandakan KPT sudah bersedia memacu permulaan baharu bagi pendidikan tinggi negara dengan penekanan kepada inovasi, kebolehpasaran graduan serta pemerkasaan akademik dan industri.

“PPTM 2025-2035 juga dijangka membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam dekad akan datang, selaras dengan visi menjadikan negara ini sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf dunia,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas