Berita

KPN rangka hala tuju terus maju ke hadapan

- Diterbit 16 Januari 2024 5:08 PM MYT

PERANCANGAN serta hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah dirangka bagi memastikan agenda dan peranan terus maju ke hadapan.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata perancangan yang telah dilaksanakan pada penghujung tahun lepas telah membantu pihaknya mengatur beberapa strategi dan inisiatif bagi menhadapi pelbagai isu dan cabaran melibatkan perpaduan.

“Kini peranan KPM turut menjadi lebih besar sejak penstrukturan semula agensi kerajaan, sehubungan dengan itu, kertas cadangan penstrukturan dan penyusunan semula bahagian-bahagian di bawah pihak kementerian akan diteliti dan diangkat untuk pertimbangan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kadar segera.

“Saya juga telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Azman Mohd Yusof untuk meneliti dengan segera berhubung penstrukturan gred dan bilangan perjawatan Pegawai Perpaduan Negeri (PPN) dan Daerah (PPD) supaya setiap daerah diwakili pegawai perpaduan yang sewajarnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Perpaduan Negara 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Menurut beliau, beberapa agenda turut direncanakan bagi mengeratkan lagi semangat perpaduan antara rakyat, antaranya Penghayatan Terhadap Rukun Negara, Penyuburan Minat Terhadap Warisan dan Budaya Negara serta Memacu Agenda Digital Negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas