Berita

KPKM fokus tingkat pengeluaran padi

- Diterbit 13 Disember 2023 1:19 PM MYT

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan terus memberi fokus kepada pelaksanaan pelbagai program yang mampu memberi nilai tambah dalam meningkatkan pengeluaran padi di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia penting kerana beras merupakan makanan ruji rakyat selain tumpuan yang diberikan terhadap perkara itu adalah bagi memperkukuh agenda sekuriti makanan negara.

“Fokus kementerian kita ialah memastikan makanan asasi utama iaitu beras mencukupi terutamanya beras tempatan,” katanya. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas