Berita

Korea Selatan ganti ketua tentera darat, udara

- Diterbit 21 September 2020 4:08 AM MYT

KOREA Selatan melakukan beberapa perubahan jawatan tertinggi dalam angkatan tentera darat dan udara, menyaksikan Ketua Komando Nam Yeong-shin bakal menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Darat menggantikan Suh Wook, yang dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

Kementerian Pertahanan pada Isnin berkata ketua direktorat perancangan strategik Ketua Turus Bersama (JCS) Lee Seong-yong dilantik sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Udara, lapor agensi berita Yonhap.

Lee menggantikan Won In-choul yang dicalonkan untuk menjadi pengerusi JCS. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas