PASTI ramai yang teruja apabila pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) mengumumkan pembukaan semula kolam renang di Presint 6 yang kini berwajah baharu dengan pelbagai penambahbaikan dibuat.
Menurut PPj, lokasi yang dibuka semula pada Sabtu lalu itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan sekali gus membantu menjana ekonomi Putrajaya.
“Dalam masa sama, orang ramai juga diingatkan untuk membawa pakaian renang seperti yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
“Untuk pengetahuan semua, kolam renang Presint 6 dibuka setiap hari kecuali Jumaat minggu kedua dan keempat serta jika hujan.
“Waktu operasi kolam pula dibahagikan kepada beberapa sesi iaitu sesi 1: 9 hingga 11 pagi, sesi 2: 1 hingga 3 petang, sesi 3: 5 petang hingga 7 malam dan sesi 4: 8 hingga 10 malam,” katanya.
Sementara itu, PPj memaklumkan bayaran masuk bagi setiap sesi adalah RM2 untuk kolam dewasa manakala RM1 untuk kolam kanak-kanak.
“Selain itu, terdapat juga parkir awam di aras bawah kolam renang jika parkir awam terbuka Kompleks Sukan Air Presint 6 penuh,” katanya.
Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh hubungi talian 03-8887 7335 atau e-mel [email protected]. – WILAYAHKU