Berita

Klinik Pesakit Luar di Klinik Pakar Hospital Sarikei ditutup tiga bulan

- Diterbit 28 Januari 2021 8:31 AM MYT

KLINIK Perubatan Pesakit Luar di Klinik Pakar Hospital Sarikei, ditutup selama tiga bulan bermula 25 Jan, bagi memberi tumpuan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), yang ditubuhkan di hospital itu.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Sarikei Athirah Abdullah berkata, PKRC tersebut diwujudkan bagi menempatkan dan memberi rawatan kepada pesakit COVID-19 tahap satu dan dua.

“Tarikh operasi semula Klinik Perubatan Pesakit Luar itu akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata Klinik Pakar Sakit Puan, Kanak-kanak, Orthopedic, Psikiatrik, Neuro, Pergigian, Mata, Farmasi dan Makmal, masih lagi beroperasi seperti biasa.

Orang awam yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian 084-653333 sambungan 1080 atau WhatsApp ke talian 019-9279281, untuk keterangan lanjut. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas