PROGRAM Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS’23) yang bakal dianjurkan oleh Moventuum Sdn Bhd dan Majalah RodaRoda (Bayu D Enterprise Sdn Bhd) pada 24 hingga 27 Ogos ini menyahut seruan kerajaan mencegah dan membanteras gejala lumba haram dalam kalangan anak muda,
Penganjurnya yang juga Pengarah Moventuum Sdn Bhd, Farouk Nurish berkata, acara tersebut bukan sekadar pameran semata-mata tetapi dapat menggalakkan anak muda menikmati pengalaman menunggang dengan cara yang selamat untuk keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.
“Pada KLBS’23 nanti, kami turut bawa aksFaroukesori perlumbaan yang pastinya membuatkan pengunjung teruja. Dengan apa yang disediakan oleh KLBS’23 nanti, pasti akan menggalakkan anak-anak muda agar tidak melakukan lumba haram.
“Jadi, bagi mereka yang sukakan kelajuan dan ingin berlumba, pergilah ke track. Melaburlah dengan membeli topi keledar, jacket, but yang sesuai untuk menjamin keselamatan,” kata beliau yang juga merupakan Pengarah Moventuum Sdn Bhd.

Antara aktiviti KLBS’23 adalah pelancaran model-model baharu, pasaran aksesori, sesi pandu uji dan pertunjukan fesyen termasuk sesi perbincangan meja bulat yang bertemakan The New Era of Road Safety dan Environmental Social and Governance (ESG) and Mobility.
“Paling menarik KLBS’23 juga bakal menampilkan persembahan istimewa kumpulan rock legenda, Wings yang bukan sahaja dapat menambah kemeriahan malah menarik lebih ramai pengunjung,” ujar beliau mensasarkan 50, 000 pengunjung sepanjang empat hari acara berlangsung.

Dalam pada itu, Farouk turut menekankan acara KLBS’23 berbeza dengan bike week yang biasa dianjurkan banyak pihak.
“KLBS’23 bukan bike week, di Malaysia terdapat banyak acara melibatkan motosikal yang dipanggil bike week di mana acara itu kebiasaannya di kawasan lapang dan terbuka misalnya di tepi pantai.
“Berbeza dengan bike show kami adakan di World Trade Center (WTC), ia lebih kepada menonjolkan dan memperkenalkan motor-motor yang terbaharu dan pelancaran di mana pengunjung boleh datang untuk melihat model-model tersebut. Kalau nak tahu model apa, wajib datang untuk pelancarannya nanti, ” ujar beliau.
Bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 24 hingga 27 Ogos ini, KLBS’23 menumpukan kepada industri dua roda iaitu motosikal dan basikal.
Khas untuk pembaca Wilayahku, anda boleh menggunakan kod promosi WILAYAHKU@KLBS23 untuk mendapatkan diskaun sebanyak 35% daripada harga asal RM 28.
Tiket boleh dibeli secara online di laman web www.kualalumpurbikeshow.com – WILAYAHKU