Berita

Ketua Koordinator Eksekutif direman, guna dokumen palsu projek PPAM

- Diterbit 9 Mei 2025 5:30 PM MYT

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang Ketua Koordinator Eksekutif syarikat yang disyaki bersubahat dalam menggunakan dokumen mengandungi kandungan palsu berkenaan kerja-kerja pembangunan projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Muallim, Perak.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 11 Mei terhadap suspek lelaki berusia sekitar 60-an dikeluarkan Majistret Datin M Kunasundary selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sesyen Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek itu telah ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dengan mengelirukan bank MBSB supaya mengeluarkan kira-kira RM1.6. juta daripada wang pembiayaan berjumlah RM70 juta.

Sementara itu Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas