Berita

Kerjasama strategik Crewstone International – Vince Group transformasi landskap pelaburan hartanah Malaysia

CREWSTONE International mengumumkan komitmen pembiayaan sebanyak RM150 juta kepada Vince Group
- Diterbit 24 Mei 2025 9:41 AM MYT

CREWSTONE International mengumumkan komitmen pembiayaan sebanyak RM150 juta kepada Vince Group dalam usaha untuk mentransformasikan landskap pelaburan hartanah Malaysia.

Jalinan kerjasama antara dua syarikat ini sebenarnya antara strategi bijak untuk mentransformasikan landskap pelaburan hartanah Malaysia.

CREWSTONE International mengumumkan komitmen pembiayaan sebanyak RM150 juta kepada Vince Group

Ketua Pegawai Eksekutif Crewstone, Izmir Mujab berkata kerjasama ini hanyalah permulaan daripada komitmen RM150 juta untuk membina ekosistem hartanah paling menyeluruh di Malaysia.

“Kami sangat teruja dengan respons pasaran. Jumlah RM35 juta yang dikumpul dalam masa dua minggu ini membuktikan kekuatan strategi kami dan keyakinan pelabur terhadap visi bersama dengan Vince Group,” kata Izmir Mujab.

Majlis dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Crewstone, Izmir Mujab, bersama Pengarah Urusan Vince Group, Dato’ Vincent Nee, disaksikan oleh tokoh-tokoh penting termasuk Pengerusi Vince Group, YM Tunku Prof Dato’ Fauzi, serta Ketua Pegawai Pelaburan Crewstone, Keng Fai.

Pendaftaran rasmi Vince Group Vision Fund L.P. oleh Labuan Financial Services Authority (LFSA) dalam tempoh kurang sebulan selepas perjanjian kerjasama dimeterai pada 19 Mac lalu juga menyerlahkan kecekapan dan kemajuan pantas Crewstone dalam merealisasikan visi pelaburan ini.

Dengan strategi agresif dan jaringan pelaburan yang mantap, Crewstone memainkan peranan penting dalam memastikan dana ini dapat digerakkan secara efektif, menyasarkan hartanah berkualiti tinggi untuk dibangunkan semula dan dijual semula, sekaligus menjana pulangan optimum kepada pelabur.

Kerjasama ini dijangka akan mencetuskan anjakan paradigma dalam industri hartanah Malaysia, memperkenalkan pendekatan bersepadu dalam pelaburan, pengurusan dan pemilikan hartanah.

Perkembangan ini diumumkan dalam satu majlis menandatangani perjanjian pelaburan yang berlangsung di Kelab Golf & Desa Kuala Lumpur (KLGCC), menandakan satu pencapaian luar biasa dalam industri apabila Crewstone berjaya mengumpulkan RM35 juta hanya dalam tempoh dua minggu selepas dana tersebut didaftarkan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas