SEBANYAK empat projek jangka pendek dan one-off Jabatan Bekalan Air Labuan yang dijadualkan siap pada Mei 2025 kini mencapai kemajuan 54 peratus (%) bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan paip usang.
Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan, empat projek yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Pagar dijangka siap mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Manakala baki empat projek mencapai varian negatif dua hingga sembilan peratus mendahului jadual antaranya kerja-kerja penggantian sistem pam, pembaikan kelengkapan mekanikal dan elektrikal, baik pulih tangki serta penyelenggaraan dan pembaikan yang membabitkan beberapa lokasi operasi bekalan antaranya di Stesen Pam Pulau Enoe, IPS Bukit Kalam, Kerupang, Rumah Pam Arsat selain LRA Lawa Gadong, Beaufort, Sabah.
“Tiga projek pembinaan melibatkan peruntukan hampir RM102 juta sedang dijalankan melibatkan naik taraf sistem agihan dan penggantian paip sepanjang 36.5 meter,” jelasnya.
Dalam perkembangan sama, JBA turut memaklumkan gangguan bekalan air akan terus dihadapi secara berterusan susulan daripada kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan yang sedang giat dilaksanakan sehingga projek tersebut siap pada Mei 2025. – WILAYAHKU