Berita

Kerajaan tidak bercadang tingkatkan had umur persaraan

- Diterbit 22 November 2024 10:23 AM MYT

KERAJAAN tidak bercadang untuk meningkatkan had umur persaraan bagi pegawai perkhidmatan awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, walau bagaimanapun kerajaan bersedia menjalankan kajian terperinci untuk meningkatkan had tersebut jika terdapat keperluan.

Beliau memberitahu, bagi pegawai awam yang dilantik bermula 1 Januari 2012, umur persaraan wajib adalah 60 tahun.

“Bagi pegawai awam yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012, umur persaraan wajib adalah sama ada 55, 56, 58 atau 60 tahun berdasarkan pilihan pegawai,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk meningkatkan had umur persaraan.

Dr Zaliha berkata, pindaan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 60 tahun telah dilaksanakan berdasarkan perkembangan semasa dan keperluan perkhidmatan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas