KERAJAAN sedang giat meneliti mekanisme pemberian subsidi secara lebih bersasar bagi menentukan mekanisme yang paling praktikal, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Daruk Armizan Mohd Ali.
Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang berpaksikan konsep Equitable Assistance, ia mesti memastikan bantuan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
“Ia juga mengambil kira kumpulan sasaran serta kesan terhadap inflasi dan aktiviti ekonomi negara secara keseluruhan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan Perbahasan Titah Diraja untk KPDN di parlimen hari ini.
Jelas Armizan Belanjawan 2024 telah memperuntukkan sebanyak RM58.1 billion untuk tujuan subsidi, insentif dan bantuan yang terkait dengan sara hidup rakyat.
“Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan melalui peruntukan tersebut tidak termasuk yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak lain seperti badan korporat melalui CSR dan NGO, serta Kerajaan Negeri,” katanya. – WILAYAHKU