Berita

Kerajaan diminta tangani isu infrastruktur pembangunan utiliti Labuan

WONG KII YII
- Diterbit 4 November 2023 4:13 AM MYT

KERAJAAN Persekutuan diminta mengambil perhatian serta tindakan segera untuk menangani terhadap isu melibatkan pembangunan utiliti seperti bekalan air dan elekterik di pulau ini.

Menurut Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Labuan (LCCC) Datuk Wong Kii Yii , Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu komited dan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh rakyat di pulau ini.

“Keprihatinan kerajaan amat diutamakan kerana permasalahan tersebut kerap kali berlaku sehingga mendatangkan kegusaran kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Beliau turut mencadangkan agar menteri kabinet kerajaan persekutuan di bawah kerajaan MADANI sentiasa turun padang ke wilayah ini untuk membantu menyelesaikan masalah yang berlaku.

Katanya, kekerapan turun padang untuk mengetahui permasalahan tersebut dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

“Selain itu, kerajaan juga perlu membantu merancakkan semula sektor pembangunan dan pertumbuhan ekonomi serta sektor-sektor yang lain di pulau ini,” jelasnya. – WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas