Berita

Kerajaan baharu Sudan angkat sumpah

- Diterbit 11 Februari 2021 4:26 AM MYT

ANGGOTA kabinet baharu Sudan mengangkat sumpah jawatan di istana presiden di Khartoum pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Ketua Majlis Kedaulatan Peralihan, Abdul-Fattah al-Burhan dalam ucapannya selepas majlis itu, berharap barisan menteri akan berganding bahu menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan demokrasi peralihan dan pilihan raya dapat diadakan.

Tegas beliau kepemimpinan Sudan “tidak boleh mengecewakan harapan dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik.”

Perdana Menteri Abdullah Hamdok pada Isnin mengumumkan pembentukan kerajaan baharu merangkumi 26 menteri untuk tempoh peralihan yang akan berakhir dengan pilihan raya pada 2024, berdasarkan perjanjian perkongsian kuasa antara pihak tentera dan kumpulan pembangkang. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas