Berita

Keputusan UPKK 2023 diumum 18 April ini

GAMBAR hiasan.
- Diterbit 12 April 2024 12:20 PM MYT

KEPUTUSAN peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2023 akan diumumkan pada 18 April ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Beliau berkata ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon pada hari berkenaan (Khamis) bermula 12 tengah hari menerusi beberapa platform.

“Calon boleh menyemak melalui laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan nombor MyKad dan nombor angka giliran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPKKnombor MYKadnombor angka giliran dan hantar ke 15888, katanya.

Menurutnya, ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan slip keputusan UPKK Tahun 2023 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 19 April, 9.30 pagi. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas