Berita

Keputusan permohonan ke Universiti Awam lepasan STPM diumum esok

Gambar hiasan
- Diterbit 5 September 2024 12:52 PM MYT

KEPUTUSAN permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf iaitu Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM), matrikulasi, asasi dan diploma akan diumumkan esok.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan keputusan boleh disemak mulai 12 tengah hari esok hingga 5 petang pada 15 Sept.

Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan https://jpt.utm.my; https://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.myhttps://jpt.ums.edu.my; dan https://jpt.umt.edu.my atau melalui aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

KPT memaklumkan pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 7 Sept hingga 15 Sept di laman sesawang UA masing-masing.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 7 Sept setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh dinyatakan.

KPT memaklumkan hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 12 tengah hari pada 6 Sept 2024 hingga 5 petang, 15 Sept. – BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas