PEMILIHAN Malaysia sebagai pengerusi ASEAN mampu mengangkat serta menonjolkan lagi kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kerajaan MADANI di peringkat serantau.
Menurut Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, kelebihan Malaysia sebagai ASEAN juga membolehkan Anwar membawa dan berkongsi konsep Malaysia MADANI bersama negara-negara ASEAN yang lain.
“Ia memberi peluang kepada Malaysia lebih-lebih lagi negara kita sangat unik, terdiri masyarakat majmuk yang hidup aman damai.
“Selain itu, ia memberi impak jangka pendek dan panjang yang akan meningkatkan imej Anwar sebagai pemimpin yang hebat kepada sebuah negara yang disanjungi.
“Bagi impak jangka panjang pula, akan melonjakkan lagi peranan dan sumbangan Malaysia dalam konteks diplomasi dan hubungan antarabangsa,” kata beliau.
Ujar beliau yang juga merupakan Penganalisis Politik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sepanjang 2025, rakyat akan mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif atau program yang disusun secara langsung ataupun tidak. – WILAYAHKU