Berita

“Kepentingan rakyat harus diutamakan” – Scha Elinnea

|
- Diterbit 19 Januari 2021 4:30 AM MYT

PELAKON sensasi drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, Scha Elinnea berpendapat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan darurat menunjukkan kerajaan serius dalam usaha membebaskan negara dari COVID-19.

“Sewaktu Perdana Menteri mengumumkan PKP 2.0 dan darurat, saya sendiri berasa lega kerana inilah tindakan terbaik untuk rakyat.

“Seperti yang kita tahu, tujuannya hanyalah satu iaitu menghentikan jangkitan pandemik ini demi kebaikan negara dan keselamatan rakyat,” ujar pemilik nama sebenar Natasha Mohamed Mubeen,22. 

Bagi Scha, keselamatan rakyat adalah matlamat utama bagi semua pihak.

“Saya fikir ini masa yang tepat untuk semua orang politik memberi fokus terhadap kepentingan rakyat yang harus diutamakan.

“Tinggalkan dulu percanggahan pendapat dalam politik, sebaliknya kita semua perlu bersatu. 

“COVID-19 ini bukan biasa-biasa. Tanpa kerjasama semua pihak, agak sukar untuk kita menang. Jadi teruskan duduk di rumah jika tiada perkara yang penting untuk diuruskan di luar,” jelasnya yang mengaku para pelakon turut terjejas dengan COVID-19. 

Antara drama lakonan lain Scha Elinnea adalah Mr. Grey, Rumah Siti Khadijah, Tak Sempurna Mencintaiku dan banyak lagi. 

Dalam perkembangan lain, Scha terbabit dalam penggambaran drama Sitiktok dan Hatimu Sedingin Salju. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas