KENANGA Man of Steel Triathlon 163 yang pertama kali dianjurkan di negara ini merupakan cabaran bertaraf antarabangsa yang menawarkan keseimbangan jurang jarak antara Sukan Olimpik serta Ironman bagi tiga disiplin sukan iaitu berenang, berbasikal dan berlari.
Ketua Urus Niaga dan Perniagaan Institusi, Chan Tuck Kiong berkata penganjuran Kenanga Man of Steel Triathlon 163 yang berlangsung pada 5 dan 6 Ogos lalu dibawakan khas oleh Kenanga Investment Berhad.
“Jika jarak berenang untuk Sukan Olimpik adalah 1.5 kilometer (km) serta 3.8km untuk Ironman, jarak bagi Kenanga Man of Steel Triathlon 163 adalah 3km. Acara berbasikal pula menyaksikan Kenanga Man of Steel Triathlon 163 menawarkan cabaran kayuhan sejauh 130km berbanding 40km untuk Olimpik serta 180km bagi Ironman.
“Manakala bagi acara larian pula, Kenanga Man of Steel Triathlon 163 menetapkan jarak 30km berbanding 10km untuk Olimpik dan 42km bagi Ironman.
“Dengan pembaharuan ditawarkan oleh Kenanga Man of Steel Triathlon 163, ia diharap dapat memberikan kepuasan maksimum kepada peserta tempatan serta antarabangsa yang selama ini mungkin menyimpan impian untuk cuba mencabar diri masing-masing, sama seperti atlet profesional yang beraksi di Olimpik dan Ironman,” jelasnya pemilihan lokasi Kompleks Sukan Air Putrajaya adalah kerana ia mampu memenuhi cabaran berenang, berbasikal serta berlari.
Beliau berkata cabaran triatlon itu menawarkan lapan kategori peringkat umur secara keseluruhan dan terdapat kategori terbuka yang berusia 18 tahun ke atas.
Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.ticksweats.com/upcoming-events/kenanga-man-of-steel-triathlon-163. – WILAYAHKU