Biz

Kempen Golden Ticket KLCC kembali, lebih RM600,000 untuk dimenangi

SALAH seorang pemenang bertuah Golden Ticket bernilai RM5,000.
- Diterbit 9 Jun 2023 4:41 AM MYT

KUMPULAN Suria KLCC Sdn Bhd kini kembali dengan Kempen Golden Ticket buat kali keempat bermula 2 sehingga 25 Jun 2023 di ketiga-tiga pusat beli-belahnya iaitu Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata di Suria KLCC acara tebusan ‘Golden Ticket’ akan berlangsung di Centre Court yang mana 100 kotak misteri akan tersedia untuk aktiviti cabutan bertuah.

“Setiap kotak mengandungi sekeping ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM5,000 atau sekeping ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM50.

“Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ini dan dapat menikmati ganjaran melalui tebusan e-Baucar yang dimenangi.

“Pentas utama kempen ini akan mempersembahkan sambutan yang meriah diiringi muzik kemenangan yang membangkitkan semangat untuk tontonan para pengunjung bagi setiap cabutan ‘Golden Ticket’ yang berjaya ditebus,” katanya dalam satu kenyataan media.

Andrew berkata para pemenang ‘Golden Ticket’ akan dirai di mana mereka berpeluang untuk menyertai sesi fotografi dan setiap gambar pemenang akan dilayarkan di skrin digital berputar di Centre Court serta sekitar pusat beli-belah.

“Satu sesi cabutan bertuah untuk setiap hari minggu akan diadakan di antara pukul 12 tengah hari sehingga 8 malam, manakala dua sesi cabutan bertuah akan diadakan setiap hujung minggu yang mana sesi pertama akan diadakan di antara pukul 10 pagi sehingga pukul  2 petang dan sesi kedua di antara pukul 5 petang sehingga 9 malam,” jelasnya 100 keping tiket akan ditambah pada setiap sesi manakala lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket lain pada keesokannya.

Tambah beliau, 50 orang pelanggan yang paling banyak berbelanja semasa tempoh tebusan ‘Golden Ticket’ akan diundang untuk menyertai Majlis Penghargaan Pembeli pada 25 Jun di mana ia akan dilengkapi dengan jamuan koktel dan akan dihidangkan dengan pelbagai juadah ‘canapés’ tidak ketinggalan penampilan DJ yang akan membuat persembahan secara langsung.

“Bagi memeriahkan tanda penghargaan dari warga kerja Suria KLCC juga, seorang pelanggan setia yang bertuah berpeluang untuk memenangi ‘Super Golden Ticket’ yang bakal memberi ganjaran e-Baucar hebat yang bernilai RM10,000 tanpa perlu menambah nilai perbelanjaan. Sementara itu, pelanggan terhormat yang lain akan menerima sekeping e-Baucar yang bernilai RM50 sebagai token penghargaan,” ujarnya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas