Berita

Kempen Free Ride beri manfaat kepada komuniti

GV Ride melancarkan Kempen Free Ride Subang, Petaling Jaya dan Kajang
- Diterbit 25 Februari 2025 1:10 PM MYT

PENYEDIA perkhidmatan GV Ride melancarkan Kempen Free Ride Subang, Petaling Jaya dan Kajang yang menawarkan perjalanan percuma kepada pengguna bermula 1 Mac hingga 31 Mac ini di mana promosi itu bertujuan memberi manfaat kepada komuniti, khususnya sempena bulan Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Maand berkata, kempen tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif satu juta tempahan percuma yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

“Kami berharap kempen ini dapat meringankan beban masyarakat dan memberi peluang kepada lebih ramai orang yang menikmati perkhidmatan e-hailing yang lebih berpatutan serta fleksibel,” katanya pada majlis pelancaran di Sunway Pyramid.

GV Ride melancarkan Kempen Free Ride Subang, Petaling Jaya dan Kajang

Majlis itu telah dirasmikan oleh Exco Pelaburan & Perdagangan, Pembangunan IKS & Wilayah Ekonomi Baharu, Mobiliti Selangor Ng Sze Han.

Menurut Kabeer, kempen itu bukan sahaja membantu pengguna menikmati perjalanan tanpa kos tetapi juga memperkenalkan GV Ride yang dimiliki GV Cara Ventures Sdn Bhd (GVV) sebagai alternatif e-hailing yang lebih sempurna.

“Dengan ciri-ciri penjejakan masa nyata, pembayaran tanpa tunai dan sistem bidaan harga yang mesra pengguna m, GV Ride berusaha menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan telus kepada semua,” katanya.

Menurut GV Ride setiap penumpang terhad kepada satu perjalanan percuma setiap hari sehingga had habis digunakan.

Had tambang bagi setiap perjalanan adalah RM30 termasuk tol. Jika jumlah tambang melebih RM30, penumpang perlu membayar bakim

Promosi ini mempunyai had keseluruhan sebanyak RM500,000. Setelah jumlah ini digunakan sepenuhnya, promosi akan tamat.

Menurut Ng, tawaran perkhidmatan percuma di Selangor ini sangat bagus dan menggalakkan mengunakan perkhidmatan e-hailing.

Beliau berkata diharap GV Ride terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan rakyat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas