Utama

Kemelut dalam UMNO kerana perbezaan pendapat antara pemimpin

|
- Diterbit 7 Januari 2021 5:51 AM MYT

KEMELUT politik yang melanda UMNO masa kini hanyalah pergaduhan adik beradik.

Demikian pendapat Naib Ketua Bahagian UMNO Ketereh Azmi Ishak yang menyatakan pergolakan itu berlaku apabila ada perbezaan pendapat dan kepentingan berbeza.

“Dalam politik ini biasa, setiap bahagian ada pendapat dan kepentingan berbeza,” katanya ketika dihubungi Wilayahku, hari ini.

Tambah Azmi, UMNO perlu cari titik persamaan dan hentikan perbezaan yang ada.

“Mereka ni ibarat bergaduh adik beradik sahaja bukan sampai membenci tetapi mereka sedang cari formula terbaik demi kepentingan orang Melayu dan Islam,” katanya

Ditanya mengenai jalan penyelesaian, Azmi berpendapat jika ada titik persamaan lebih baik daripada terus bercakaran.

“Kalau susah sangat balik kepada ideologi UMNO, lihat kembali matlamat asal UMNO,” katanya ringkas.

Sementara itu Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh Marzuani Adila Ariffin juga berkongsi pendapat sama.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh Marzuani Adila Ariffin

“Konflik politik berlaku apabila ada perbezaan pendapat antara pemimpin.

Hala tuju mereka sama, cuma cara yang berbeza,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Marzuani, Tan Sri Annuar Musa lebih mengutamakan penyatuan parti melayu islam.

” Walaupun ada setengah lain yang memikirkan apabila bersama parti lain (Bersatu) mereka dilihat sebagai menindas UMNO.

“Sebenarnya tiada penindasan, kita perlua jaga parti masing-masing dan tidak patut timbul isu siapa tindas siapa,” katanya.

Jelas Marzuani lagi adalah lebih baik jika ahli fokus kepada memperkasakan parti sendiri dan sedar bahawa kerjasama pasti sesama islam perlu.

“Saya tidak setuju jika ada pendapat sekiranya UMNO ditindas kerana apabila dulu pemimpin UMNO bersedia utk menerima Tan Sri Muhyidin sebagai Perdana Menteri tanpa meletakkan syarat untuk perkasakan UMNO, kita perlu bertoleransi diatas apa jua keputusan. Cuma saya juga minta Bersatu tidak berat sebelah,” katanya.

Walaupun mengakui ada kelemahan didalam kepimpianan dan cara pentadbiran Bersatu, Marzuani menjelaskan UMNO sendiri tidak pernah meletakkan syarat Muhyiddin perlu lantik orang berpengalaman dalam politik untuk memegang jawatan dalam kabinet.

” Jika mahu komen mengenai jabatan kerajaan yang tidak ‘perform’, itu bergantung kepada individu, itu bukan parti tetapi individu, cuma ada kelebihan kepada UMNO kerana kita ada pengalaman tetapi mungkin akibat masalah ekonomi negara yang merundum akibat pandemik Covid-19 ini, tugasan2 kementerian tidak dapat dilaksanakn sepertimana yang kita harapkan.” jelasnya.

Menurut Marzuani, tidak ada guna mengenangkan perkara yang sudah berlaku.

“Benda sudah berlaku, nak undur tak boleh dan silap UMNO juga kerana tidak letakkan syarat dahulu,” katanya.

“Apa yang terbaik kini ialah kerajaan perlu ditentukan oleh rakyat. Kepada rakan seperjuangan ayuh kita teruskan kerja, kurang kan kontroversi dan buat kerja untuk rakyat, Kita nak tegur mereka boleh tapi samada mereka mahu dengar atau tidak, itu perkara lain,” katanya.

– OLEH NOR SURAYA ALI – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas