Berita

‘Kembar’ Zul Ariffin, “Ramai cakap kami seiras, tapi…” – Ikhram Juhari

- Diterbit 7 Mac 2021 10:04 AM MYT

PELAKON kacak Ikhram Juhari,28, mengaku ramai peminat termasuklah rakan-rakan artis lebih sering memperkatakan tentang wajah seiras Ikhram dan Zul seperti adik- beradik kembar.

Apatah lagi mereka digandingkan bersama dalam drama bersiri Takdir Kita yang masih dalam penggambaran.

“Tidak dinafikan, sejak saya berlakon empat tahun lalu sehingga sekarang, ramai yang mengatakan wajah saya ada iras Zul Ariffin. Memang ramai cakap kami macam kembar.

“Apabila ramai cakap macam tu, saya sendiri sebenarnya tertanya-tanya, ye ke kami sama? Saya sendiri tak nampak apa-apa yang sama.

“Namun saya tidak boleh menafikan apa yang orang lain cakap. Iyalah,lain orang lain pandangan. Kalau mereka cakap kami ada iras, mungkin ia secara kebetulan.

“Bagi saya, memang ramai cakap kami seiras tapi sudah tentu Zul Ariffin better than me. Dia pelakon bagus dan disegani. Lihat sahaja pengalaman dan popularitinya, tiada siapa boleh pertikaikan. Memang jauh perbezaan kami,” ujar Ikhram yang mengaku rasa bertuah digandingkan dengan Zul Ariffin dalam dalam Takdir Kita yang nakal disiarkan di saluran Astro tidak lama lagi.

Bagi Ikhram atau nama sebenarnya Mohammad Noor Ikhram Juhari, peluang berlakon dengan Zul Ariffin adalah satu pengalaman berharga buat dirinya.

“Siapa tak kenal Zul Ariffin? Bukan sahaja popular, bakat lakonannya pun sangat hebat. Mestilah saya rasa bertuah dapat berlakon dengannya walaupun agak nervous pada mulanya.

“Zul Ariffin seorang yang sangat senang memberikan kerjasama, sangat positif, peranan dan tidak kedekut ilmu. Sejujurnya saya puji dan hormat dia.

“Dalam Takdir Kita, saya bawa watak sebagai Imran dan Zul sebagai Reza. Imran bertemu dengan Reza atas niat tertentu. Ia berkaitan dengan saham syarikat.

“Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah tonton drama ini nanti,” ujarnya lagi.

Sebelum ini Ikhram sudah banyak berlakon drama antaranya Cinta Tiada Ganti, Nota Buat Cempaka, Curi-Curi Cinta, Setelah Terlafaznya Akad dan banyak lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas