Selebriti

Kemalangan selepas solat Jumaat… Alif Satar sudah keluar wad

- Diterbit 29 Disember 2023 10:27 PM MYT

PENYANYI dan pengacara popular Alif Satar dibenarkan keluar dari wad di sebuah hospital swasta hari ini.

Perkara ini disahkan oleh pengurusnya Dina ketika dihubungi Wilayahku.

Menurutnya buat masa ini Alif sedang berehat di rumah setelah dibenarkan keluar wad.

“Alhamdulillah. Alif sudah dibenarkan keluar wad atas kebenaran doktor, setelah dilaporkan stabil.

“Doktor cakap tak ada apa-apa yang serius. Cuma luka-luka biasa.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Alif. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian,” katanya.

Terdahulu, Alif Satar terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengerjakan solat Jumaat, petang tadi.

Kemalangan itu dipercayai berpunca apabila motosikal Alif dilanggar kenderaan lain.

Kemalangan tersebut telah berlaku berhampiran Istana Negara ketika pelantun Lelaki Seperti Aku itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak di Hartamas.

Walaupun mengalami luka, selepas kemalangan tersebut, Alif terpaksa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri ada kecederaan dalaman.

Sebelum itu, pempengaruh dan usahawan, Wak Doyok berkongsi beberapa keping gambar dalam akaun X miliknya, menunjukkan Alif, 33, terbaring di atas jalan dan diusung menaiki sebuah ambulans selepas terbabit dalam kemalangan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas