Biz

Kekalkan Ayda Jebat sebagai duta, Aurawhite lancar Aurawhite Dazzle Glopeptide

|||
- Diterbit 9 Ogos 2023 11:17 PM MYT

SENTIASA menampilkan yang terbaik buat penggunanya, terbaharu produk kecantikan bumiputera, Aura White Global Sdn Bhd melancarkan produk baharu, Aurawhite Dazzle Glopeptide, produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini dan premium.

Menurut pengasas Aurawhite, Datin Furyna Azmeer, ciptaan ‘all in one formula’ ini menjanjikan sensasi baharu dengan rasa laici beri dan memberi sokongan penuh untuk kecantikan dalaman dan luaran.

“Ini merupakan keluaran keenam Aurawhite dan kami telah berada di pasaran selama 11 tahun, sejak 2012. Kali ini kami keluarkan produk baharu dengan kandungan berbeza terutamanya kelopak ros yang bagus kulit,” ulasnya pada sidang media baru-baru ini yang masih mengekalkan selebriti popular, Ayda Jebat sebagai duta.

Bagi Furyna, Ayda Jebat merupakan selebriti yang mudah memberikan kerjasama.

“Kami juga memilih untuk mengekalkan Ayda Jebat sebagai duta Aurawhite sejak 2014, bermakna sudah sembilan tahun Ayda bersama Aurawhite.

“Sangat senang berurusan dengan Ayda, malah sifatnya yang mengutamakan keluarga membuatkan saya cukup tersentuh dan masih mahu dia menjadi sebahagian daripada Aurawhite,” jelasnya lagi.

AURA White yang terkenal dengan tagline Shake Shake Uolls melancarkan produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini iaitu Aurawhite Dazzle Glopeptide yang bahan aktifnya lebih tinggi dan premium.

Selamat untuk diamalkan wanita hamil, kata Furyna, produk minuman kolagen miliknya menggunakan bahan semulajadi dan tiada sebarang kesan sampingan.

“Untuk wanita hamil, disarankan amalkan produk selepas kandungan berusia empat bulan. Kami menggunakan bahan semulajadi, jadi ia selamat untuk semua,” katanya ringkas.

Pembeli bertuah juga berpeluang memenangi hadiah percutian ke Korea yang ditaja oleh Aurawhite.

“Kami mahu perluaskan kempen pelancaran untuk pengguna setia dengan menawarkan peluang percutian ke Korea. Selepas Perintah Kawalan Pergerakan, inilah kempen pertama kami bagi menghargai pengguna,” ulasnya.

Terdahulu, Aura White yang terkenal dengan tagline Shake Shake Uolls melancarkan produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini iaitu Aurawhite Dazzle Glopeptide yang bahan aktifnya lebih tinggi dan premium.

Kolagen peptida adalah kolagen yang dihidrolisis dimana ia lebih halus dari kolagen biasa dan memberikan penyerapan lebih cepat untuk tubuh badan.

Ia dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit dan juga sangat baik untuk kuku, rambut dan juga tumit kaki. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas