PUSAT tuisyen terkemuka, PTTI terus mencipta sejarah dalam dunia pendidikan apabila berjaya meraih dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian luar biasa dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Dua anugerah yang diterima adalah ‘Most Straight A’s SPM Students in a Tuition’ dan ‘Most SPM Grade A’s Obtained by a Tuition’.

Pengiktirafan ini diberikan selepas PTTI berjaya melahirkan seramai 401 pelajar ‘Straight A’s’ dan mencatatkan 18,432 Gred A terkumpul bagi peperiksaan SPM 2024.
Kejayaan ini diraikan pada Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis ini dihadiri lebih 2,000 tetamu, termasuk pelajar, ibu bapa serta selebriti dan tokoh terkenal tanah air.
Antara personaliti tersohor yang hadir termasuklah Biduanita Negara yang juga penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Dato’ K), Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Asyraf Khalid, MK K-Clique, Iman Troye, Alyssa Dezek, Zaki Yamani, Naim Daniel, dan ramai lagi.
Selain meraikan 401 pelajar ‘Straight A’s’, majlis turut menghargai 356 pelajar ‘Nearly All A’s’, dan
1,685 pelajar yang memperoleh 6A dan ke atas.

Sebagai penghargaan terhadap pencapaian cemerlang ini, PTTI juga bekerjasama dengan Yayasan Nurjiwa yang mana memberikan insentif wang tunai RM500 kepada setiap pelajar ‘Straight A’s’, menjadikan jumlah keseluruhan insentif mencecah RM200,500.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, kejayaan diraih adalah hasil kerja keras semua pihak.
“Kejayaan ini bukan sahaja milik PTTI, tetapi milik semua ibu bapa dan pelajar yang tidak pernah putus asa. Ini adalah bukti bahawa pendidikan berkualiti dan sistematik mampu mengubah masa depan seseorang pelajar,” katanya.
Melihat kejayaan ini sebagai permulaan kepada lebih banyak pencapaian, PTTI kini menyasarkan untuk melahirkan 1,000 pelajar ‘Straight A’s’ bagi SPM 2025.
Justeru, pelbagai inisiatif akan diteruskan, termasuk kelas dalam talian, konsultasi akademik serta pemantauan prestasi secara konsisten.
Sebagai sokongan kepada ibu bapa dan pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini, PTTI menawarkan sesi konsultasi percuma untuk membantu meningkatkan prestasi akademik anak-anak.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi: www.ptti.my – WILAYAHKU