Berita

Kanak-kanak lelaki ditemukan terbaring di kawasan loji

Ampang Jaya's deputy OCPD, Superintenden Mohd Zaid Hassan attended the monthly meeting gathering at IPD Ampang Jaya. AZMAN GHANI / The Star
- Diterbit 24 September 2020 8:54 AM MYT

SEORANG kanak-kanak lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring di kawasan loji di Taman Juara Jaya, Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun itu ditemukan orang awam pada kira-kira pukul 9.40 pagi.

“Ketika ditemui kanak-kanak itu lengkap berpakaian baju-T warna merah dan berseluar putih, tidak memakai selipar dan dalam keadaan terbaring dalam kawasan loji itu, namun tiada sebarang butiran maklumat diperolehi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kajang untuk jalani pemeriksaan dan rawatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat akan kanak-kanak hilang boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Insp Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas