Kampus utama Kolej Universiti TAR di KL dan lima cawangan ditutup sementara sehingga 4 Feb

Kampus utama Kolej Universiti TAR di KL dan lima cawangan ditutup sementara sehingga 4 Feb

KAMPUS utama Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) di Kuala Lumpur serta kampus cawangannya di Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah akan ditutup sementara sehingga 4 Feb susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan ke semua negeri kecuali Sarawak.

TAR UC dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagaimanapun, aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian akan diteruskan seperti yang dirancang.

“Pelajar TAR UC dinasihatkan agar mematuhi nasihat kesihatan mengenai COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pengurusan TAR UC akan terus memantau keadaan itu dengan teliti dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang sewajarnya bagi melindungi kesihatan dan keselamatan komuniti dalam TAR UC,” menurut kenyataan itu.

Kemas kini lanjut akan diumumkan menerusi laman sesawang TAR UC, Facebook dan Instagram dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )