Berita

Kabinet India lulus kerjasama penyiaran dengan RTM

- Diterbit 27 Disember 2023 9:40 PM MYT

KABINET India meluluskan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Prasar Bharati India dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada November.

Menurut kenyataan kerajaan pada Rabu perjanjian antara kedua-dua penyiar awam itu “berpotensi besar untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang penyiaran, pertukaran berita dan program audio-visual.”

MoU dengan RTM itu ditandatangani semasa Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) India-Malaysia ke-6 yang berlangsung di New Delhi pada November.

Prasar Bharati, penyiaran awam milik kerajaan India yang beribu pejabat di New Delhi, India, menandatangani perjanjian kerjasama yang sama dengan 46 negara setakat ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas