Berita

JWP, agensi hantar bantuan pasca banjir ke Johor

SEKITAR sesi Flag Off Misi Bantuan Pasca Bencana Siri 1 yang diadakan di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) pada Rabu lalu.
- Diterbit 8 Mac 2023 1:30 AM MYT

JABATAN Wilayah Persekutuan (JWP) bersama agensi di bawahnya iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL) telah menghantar Misi Bantuan Pasca Bencana Siri 1 di Segamat, Johor.

Pasukan JWP dan agensi akan berpusat di Dewan Serbaguna Taman Utama, Segamat Utara pada 8 hingga 10 Mac 2023.

Misi bantuan memfokuskan kerja-kerja pembersihan di kawasan Segamat Utara meliputi Buluh Kasap dan Batu Anam disertai oleh seramai 200 orang kakitangan JWP dan ketiga-tiga agensinya. Sebanyak 42 buah jentera telah memulakan perjalanan ke lokasi terjejas dengan kelengkapan pembersihan sebagai tanda perpaduan dalam memberikan bantuan pasca bencana.

Bagi menyertai misi ini, KESWIP dan PUSPANITA telah menghantar seramai 10 sukarelawan Siri 1 bagi mewakili JWP untuk bersama-sama turun padang bagi memastikan inisiatif bantuan pasca bencana ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

Pelepasan misi bantuan pasca banjir telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JWP, Datuk Seri Rosida Jaafar bersama ketua-ketua agensi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas