Berita

JPN Labuan nafi tawar tender makanan

- Diterbit 2 Ogos 2024 9:50 AM MYT

PEJABAT Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Labuan menafikan tawaran tender perkhidmatan bekalan makanan seperti yang tular, baru- baru ini.

Menurut agensi itu dalam satu kenyataan, pihak telah mengesan satu surat tawaran palsu berhubung penerimaan tender pembekalan makanan yang bernilai lebih RM150,000

Pihaknya menerima beberapa aduan daripada orang awam yang tertipu dengan perkara terbabit.

Katanya, pihak tidak bertanggungjawab itu membuat panggilan telefon dan menyerahkan surat tawaran yang menggunakan kepala surat JPN UTC Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pihak kami menerima aduan dan mereka yang menerima pelawaan tender tersebut merupakan beberapa syarikat di pulau ini.

“ Kami ingin memaklumkan tiada perkhidmatan tersebut ditawarkan pada masa ini, selain mengesahkan tiada pelantikan pihak ketiga untuk membuat penawaran bagi pihak JPN Labuan.

“Untuk tindakan selanjutnya, JPN Labuan telah membuat laporan polis berhubung kes itu,” katanya.

Sehubungan itu, JPN Labuan meminta orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran yang mencurigakan.

“Orang awam dinasihatkan menghubungi JPN Labuan di talian 087-443631 untuk mendapatkan pengesahan jika mempunyai sebarang keraguan berkaitan khidmat dan urus niaga di bawah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas