Berita

“Jika ada pasukan saya terlibat rasuah, mesti ambil tindakan,” – Anwar

- Diterbit 21 Disember 2024 5:09 PM MYT

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan untuk tidak melindungi mana-mana individu meskipun ia dalam kalangan pasukannya sekiranya didapati terlibat dengan sebarang penyalah gunaan dan rasuah.

Jaminan itu disuarakan berikutan Kerajaan MADANI pimpinannya akan berikrar untuk terus memerangi rasuah dan meningkatkan amalan tata kelola yang menjadi keutamaan kerajaan pada tahun 2025.

“Kita memerlukan sedikit masa untuk menangani perkara tersebut berikutan amalan lama sudah berakar umbi sejak sekian lama..

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tata kelola adalah penting kerana kita sudah terlalu lama mengalami kemerosotan,” katanya semasa sidang media khas dengan Ketua-Ketua Pengarang pada Sabtu di Subang Jaya.

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa su berkenaan tidak terhad kepada kerajaan semata-mata dan ia mesti diperbetulkan.

“Tidak kira siapa anda, menteri, ahli politik, ketua jabatan, anda mesti berkata tidak kepada rasuah.

“Tindakan mesti diambil walaupun kepada pasukan saya,” katanya

Tegasnya, meskipun mendapat tentangan daripada pihak tertentu, beliau tetap komited dengan usaha ini.

“Saya tahu ramai yang tidak suka saya sebutkan mengenai ini. Tetapi kita mesti lakukan supaya keadaan negara kembali baik,” katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas