Berita

Jepun mahu pertingkat pakatan dengan AS

- Diterbit 21 Januari 2021 5:04 AM MYT

PERDANA Menteri Jepun Yoshihide Suga mahu meningkatkan lagi pakatan dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) yang diterajui Joe Biden, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Saya berasa sangat gembira Presiden Biden dan Naib Presiden (Kamala) Harris telah mengangkat sumpah. Beliau (Biden) memberikan ucapan sangat meyakinkan, menuntut perpaduan bangsa.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan presiden baharu untuk memastikan lautan India dan Pasifik bebas dan terbuka; untuk memerangi COVDI-19, perubahan iklim dan masalah lain yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa.

“Saya berharap dapat memperbaiki hubungan dengan presiden baharu dan meningkatkan lagi pakatan Jepun-AS, ” katanya kepada wartawan pada Khamis.

Suga menambah Tokyo sedang bekerjasama dengan Washington untuk mengatur dan mencari masa yang sesuai bagi mengadakan perbincangan melalui telefon dengan Biden.

Biden mengangkat sumpah sebagai presiden AS ke-46 pada Rabu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas