Berita

Jejak Prihatin bantu golongan miskin tegar di WP

PRIVO dan MPP bakal digerakkan bagi memberi bantuan dan meninjau keadaan golongan miskin tegar di WP.
- Diterbit 6 Julai 2021 10:56 AM MYT

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa memperkenalkan gerakan Jejak Prihatin bagi membantu golongan miskin tegar di Wilayah Persekutuan (WP).

Beliau berkata melalui laman Twitternya, Jejak Prihatin bakal digerakkan bermula 14 Julai ini bagi membantu golongan miskin tegar di WP.

” Baru sahaja selesai taklimat kepada wakil MPP dan Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo).

” Mulai 14 Julai, seramai 3898 MPP dan PriVo akan kita gerakkan di bawah Jejak Prihatin untuk menjenguk door to door seramai 4690 keluarga miskin tegar di WP bagi memberi bantuan dan meninjau keadaan mereka,” ciapnya.

Tambah beliau bantuan Prihatin Kasih adalah sebanyak RM100 sebulan bagi tiga bulan dan mereka boleh membeli barang keperluan masing-masing dengan hanya menggunakan Mycard. -WILAYAHKU – DIANA AMIR

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas