Berita

Jasa kepada negara kriteria hukuman Najib diringankan – PM Anwar

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim
- Diterbit 5 Februari 2024 11:08 AM MYT

PROSES pengampunan dan pengurangan hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak telah diteliti melalui proses yang ditetapkan oleh Lembaga Pengampunan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Perdana Menteri, asas pertimbangan terhadap keringan hukuman kepada Datuk Seri Mohd Najib adalah jasa yang ditabur ketika menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Proses itu mengikut kaedahnya yang saya teliti dalam satu mesyuarat adalah asas rayuan, peranan dia, perjalana hidup dia sebelum itu, keluarga dia, kehidupan di penjara, jasa dan khidmat dia, baik kepada keluarga atau masyarakat dan dalam kes Datuk Seri Najib iaitu kepada negara dan itu juga diberikan pertimbangan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata proses selanjutnya, Ahli Lembaga Pengmpunan kemudian diberikan penjelasan tentang proses badan kehakiman serta kes-kes yang dihadapi termasuk hukuman serta kes-kes yang masih dalam perbicaraan.

“Kemudian masing-masing akan memberikan pandangan dan akhirnya Yang di-Pertuan Agong (YDPA) membuat keputusan,” katanya.

Ujar Perdana Menteri, tidak sepatutnya berlaku tunding-menunding dengan niat menyalahkan pihak yang terlibat dalam proses pengampunan khususnya melibatkan bekas Perdana Menteri itu.

“Bagaimana hendak salahkan PM (Perdana Menteri) atau YDPA, AG (Peguam Negara) atau lembaga (Lembaga Pengampunan) tidak berbangkit. Itu prosesnya. Kita terima perlembagaan ini dan ia bidang kuasa yang diberikan sejak merdeka bahawa Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas