Berita

JAKOA salur peruntukan RM60,790,597 pada tahun 2023

- Diterbit 9 Disember 2024 2:47 PM MYT

PADA tahun 2023 sebanyak RM60,790,597.00 telah diperuntukkan bagi tujuan pendidikan di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

JAKOA memberitahu daripada jumlah tersebut, RM57,555,494.00 (95 peratus) telah dibelanjakan untuk tujuan pakaiann seragam, keperluan diri asrama, yuran pelbagai, pengangkutan ke sekolah, makanan murid di pedalaman, wang saku, pembiayaan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan program kecemerlangan.

“Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menggalakkan dan meningkatkan bilangan pelajar Orang Asli ke Institusi Pengajian Tinggi sama ada dalam dan luar negara.

“Bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara, JAKOA melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) membiayai pinjaman kepada pelajar Orang Asli. Bermula tahun 2018 sehingga 2022, seramai 65 pelajar Orang Asli telah mengikuti Program Ijazah Luar Negara (PILN),” jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.

KPN menjawab soalan Senator Manolan Mohamad berhubung jumlah peruntukan dan perbelanjaan untuk pendidikan Orang Asli pada tahun 2023 dan jumlah pertambahan pelajar yang dihantar melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Tambahnya mengikut sumber MARA, pelajar Orang Asli yang mendapat tajaan pinjaman pelajaran MARA sehingga tahun 2023 ialah enam orang di pelbagai negara mengikut peringkat pengajian dalam pelbagai bidang. Pelajar terbaru ialah adik Alisya A/P Anjang Harun di University Of Sydney, Australia. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas