TRENDING
Anwar doakan kesihatan berterusan buat Abdul Hadi
Bekas Presiden MIC, G Palanivel meninggal dunia
Malaysia naik 11 anak tangga dalam Ranking Daya Saing Dunia
Lonjak 11 anak tangga WCR: Bukti Reformasi MADANI membuahkan hasil- PM Anwar
Facebook Instagram Youtube Twitter Tiktok Telegram Threads
  • Rabu, 18 Jun 2025
  • Berita

    Nasional
    Global
    Wawancara
    Cakna
    Fitnah vs Fakta

    Sukan

    Atlet Wilayah

    WK2

    Fokus
    Biz
    Selebriti
    Singgah
    Selera
    Sketsa Semasa
    Personaliti

    Artikel

    Pojok
    Cerita Kedai Kopi
    Catatan Kota Batu
    Minda
    Rencana
    Agama
    Advertorial
    Menarik di WP

    Lain-Lain

    WK TV
    e-Paper Wilayahku
    Lensa
    WK Shop
    Santai
    Tentang Kami
    Hubungi Kami
    E-Aduan

    PAUTAN

    Kuala Lumpur
    Putrajaya
    Labuan

    Ikuti Kami

    Facebook Instagram Youtube Twitter Tiktok Telegram Threads
  • Utama
  • Berita
    • Utama
    • Global
  • Sukan
    • Atlet Wilayah
  • WK2
    • Biz
    • Fokus
    • Singgah
    • Selera
    • Personaliti
  • Selebriti
  • E-Paper
  • WKTV
  • Santai
Berita

Isu logo kasut: Vern’s mohon maaf dan hentikan jualan

KREDIT foto: Facebook Vern's.
  • BERNAMA
  • Dikemaskini 7 April 2024
- Diterbit 7 April 2024 7:50 PM MYT

SYARIKAT pengeluar kasut Vern’s hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia berhubung logo yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah pada tapak kasut keluarannya.

Syarikat itu juga memaklumkan bahawa mereka sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang memperlekeh atau menghina mana-mana agama, kepercayaan dan mengharapkan belas ihsan untuk memperbaiki kesilapan yang telah berlaku.

“Pihak kami telah mengambil langkah segera berhenti jual dan bersedia untuk memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli barangan tersebut,” menurut kenyataan syarikat itu di Facebook hari ini.

“Ini adalah pengajaran yang sangat bernilai untuk kami memperhalusi dan lebih teliti dalam setiap keputusan yang diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan,” katanya.

Syarikat itu turut menjelaskan logo pada tapak kasut keluarannya adalah 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.

Pengurusan Vern’s juga mengakui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakibatkan ia disalah tafsir, seterusnya menyinggung perasaan ramai pihak.

Syarikat itu turut memuat naik gambar kasut yang didakwa menjadi ilham kepada logo itu.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi tiga minit di media sosial berkenaan seorang lelaki mendakwa  kasut Vern’s yang dibelinya memaparkan logo dipercayai seakan kalimah Allah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam maklum balas berkaitan isu itu berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut, esok.

Mohd Na’im yang menegaskan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam,  turut meminta semua pihak bertenang dan memberikan ruang kepada JAKIM dan pihak berkuasa melakukan siasatan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas
#Vernslogo
PrevKembaliLogo tapak kasut didakwa mirip kalimah Allah, JAKIM panggil pihak berkaitan esok
SeterusnyaLogo seakan kalimah Allah di tapak kasut: Polis terima lapan laporan – KPNNext

BERITA SEMASA

Bukan merajuk dalam nyanyian… ‘Cuma rezeki lebih murah dalam bisnes’ – Rayme Zainal

1 hari yang lalu

Lindungi murid, segera lapor kandungan lucah

5 hari yang lalu

PM Anwar ucap takziah, Malaysia berdiri teguh bersama india susulan tragedi nahas Air India 171

6 hari yang lalu

Strategi kepelbagaian pasaran beri kelebihan ekonomi

2 hari yang lalu
Facebook Instagram Youtube Twitter Tiktok Telegram Threads

Lokasi

  • Aras 9, Blok 1, Menara Seri Wilayah
  • Kementerian Wilayah Persekutuan
  • Presint 2, 62100, Putrajaya

Hubungi Kami

  • [email protected]
  • 03-88615260

Copyright © 2024 WilayahKu. Hak Cipta Terpelihara.

Facebook Instagram Youtube Twitter Tiktok Telegram Threads

UTAMA

Berita

Nasional
Global
Wawancara
Cakna
Fitnah vs Fakta

Sukan

Atlet Wilayah

WK2

Fokus
Biz
Selebriti
Singgah
Selera
Sketsa Semasa
Personaliti

Artikel

Pojok
Cerita Kedai Kopi
Catatan Kota Batu
Minda
Rencana
Agama
Advertorial
Menarik di WP

Lain-Lain

WK TV
e-Paper Wilayahku
Lensa
WK Shop
Santai
Tentang Kami
Hubungi Kami
E-Aduan

PAUTAN

Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan