Berita

Ismail Sabri saman Anina

KUALA LUMPUR, 21 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen hari ini.
Mana-mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, perlu menjalani prosedur Kuarantin Wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan, bermula 24 Julai dan bukan lagi di rumah.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, July 21 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during a news conference on the Recovery Movement Control Order (RMCO) at Parliament building, today.
Beginning July 24, Malaysians and foreigners coming back from overseas will have to undergo 14 days of compulsory isolation at designated quarantine stations and not at their own homes.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED
- Diterbit 11 Mac 2021 5:11 AM MYT

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia Anina Saadudin atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi Facebook (FB) miliknya bahawa Menteri Pertahanan itu tidak kompeten dalam menjalankan tugas ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ismail Sabri, 61, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu dalam kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada 5 Mac lepas dengan menamakan Anina, 46, selaku defendan tunggal.

Dalam penyataan tuntutan, Ismail Sabri mendakwa Anina telah menerbitkan 13 kata-kata fitnah terhadap plaintif dan turut memuat naik video di dalam Facebook miliknya, antara lain mendakwa menteri itu tidak kompeten dalam menjalankan tugasnya ketika melaksanakan peraturan-peraturan ketat untuk memerangi penyebaran COVID-19 menerusi PKP.

Menurut plaintif, 13 penyiaran kata-kata fitnah dibuat oleh Anina bermula 5 Feb hingga 3 Mac lepas menerusi Facebooknya yang turut dikongsi oleh pengguna laman sosial itu.

Kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa plaintif adalah ‘boneka’ yang semata-mata melaksanakan perintah perdana menteri, tidak cekap dan kompeten dalam kerjayanya.

Menurut Ismail Sabri, laporan polis telah dibuat terhadap defendan dan siasatan oleh pihak berkuasa dimulakan terhadap siaran fitnah itu, namun defendan tidak mengendahkan perkara berkenaan.

Menurutnya akibat kata-kata fitnah itu, reputasinya turut terjejas dan siaran-siaran fitnah yang dibuat oleh defendan adalah berniat jahat untuk mencederakan dan menjatuhkan nama baik serta imej plaintif.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relif lain difikirakan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, Ismail Sabri turut memfailkan permohonan secara ex parte (sebelah pihak) untuk mendapatkan perintah injunksi bagi memaksa defendan dengan serta-merta memadamkan kesemua penyiaran fitnah mengenai plaintif di akaun Facebook defendan dan injunksi bagi menghalang defendan atau wakilnya daripada membuat penyataan fitnah menerusi media sosial yang diuruskan oleh defendan.

Ahli Parlimen Bera memfailkan permohonan itu atas alasan defendan secara berterusan sejak awal Feb lepas, menyiarkan beberapa kata-kata fitnah terhadap plaintif, yang tidak benar.

Plaintif mendakwa walaupun laporan polis telah dibuat, namun defendan masih tidak menyesal dan terus menyiarkan 12 kata-kata fitnah terhadap plaintif pada 13 Feb, 17, 18 dan 19 Feb serta 23 Feb lepas, mengakibatkan surat tuntutan bertarikh 24 Feb lepas dihantar, antara lain memohon supaya defendan dengan serta merta memadamkan siaran-siaran fitnah itu.

Dakwa plaintif, defendan enggan membalas kepada tuntutan plaintif dan terus menyiarkan dua lagi kata-kata fitnah terhadap plaintif pada 3 Mac lepas.

Permohonan perintah injunksi itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril hari ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas