Berita

Insomniacks adakan konsert sempena ulang tahun ke-10, tawar harga tiket rendah

- Diterbit 30 April 2025 1:18 PM MYT

BAGI membolehkan lebih ramai peminat dapat menikmati konsert Insomniacks: Echoes Of A Dream, SAH Entertainment selaku penganjur menawarkan tiket paling murah.

Konsert yang bakal berlangsung 12 Julai depan di Zepp KL itu menandakan 10 tahun kumpulan dianggotai Syed Mir Iqbal atau Iqie selaku penyanyi utama, Wan Arif Iskandar (pemain bes), dan Danial Lee Hashim (pemain gitar) dalam industri muzik tempatan.

Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, berkata konsert itu bakal menjadi sejarah besar buat Insomniacks.

Malah penjualan harga tiket juga akan dijual pada harga mampu milik sebagai tanda kumpulan itu menghargai peminat-peminat mereka yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaan Insomniacks selama ini.

“Ini akan menjadi satu detik bersejarah buat Insomniacks sendiri kerana ini merupakan konsert solo pertama mereka.

“Untuk jualan tiket pula, kami sepakat menawarkan harga mampu milik supaya peminat-peminat Insomniacks dapat bersama-sama mencipta detik bersejarah tersebut dan ia paling murah pernah dijual di Zepp KL selepas sekian lama,” katanya.

Sentiasa tampil dengan karya yang segar dan menjadi siulan ramai, kumpulan ini mempunyai peminat yang tersendiri bukan sahaja di Malaysia malah dari Indonesia, Singapura dan Brunei.

Antara lagu-lagu popular milik kumpulan itu adalah Pulang, Reminisensi, Sempurna dan Igauan Malam.

Kolaborasi Insomniacks bersama penyanyi Nabila Razali menerusi lagu Cerita Kita juga berjaya meraih tempat di kalangan penggemar muzik tempatan dan antarabangsa.

Malah lagu Belum Mulai duet bersama penyanyi dari Indonesia, Nabila Taqiyyah berjaya dinobat sebagai Video Muzik Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2024.

Insomniacks ditubuhkan pada 2015
‘cover’ lagu-lagu popular di saluran YouTube mereka.

Tidak hanya itu, Insomniacks juga pernah mendapat pengiktirafan meluas menerusi empat buah lagu yang berjaya menembusi Top 10 RIM (Recording Industry Malaysia) Domestic Chart iaitu melalui lagu Pulang, Sempurna, Reminisensi dan Igauan Malam.

Band ini turut melakar sejarah apabila menjadi artis pertama yang mempunyai empat buah lagu di carta berkenaan.

Insomniacks juga adalah artis Malaysia kelima paling banyak distrim di aplikasi Spotify pada 2024.

Muzik Insomniacks mempunyai gabungan genre seperti pop, rock dan punk.

Harga tiket konsert Insomniacks: Echoes Of A Dream ini bermula pada RM138 (Maniacks, standing), RM168 (Sempurna, seating), RM228 (Reminisensi, seating), dan RM6888 (Pulang, VIP box).

Tiket konsert boleh dibeli melalui laman sesawang Ticketmelonbermula 5 Mei ini.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas