Berita

Inovasi pemakanan beri harapan untuk penghidap diabetes

- Diterbit 12 November 2020 3:49 AM MYT

JUTAAN rakyat Malaysia yang menghidap diabetes atau penyakit kencing manis bergelut untuk mengawal paras gula (glukosa) dalam darah mereka! Fakta yang sudah tentunya mencemaskan.

Seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes diabetes semakin meningkat di negara ini.

Menurut tinjauan itu, sekitar 18.3 peratus (anggaran 3.9 juta) dalam kalangan orang dewasa di Malaysia, memerlukan bantuan agar paras gula dalam darah mereka, terkawal.

Tinjauan yang dijalankan baru-baru ini oleh Abbott Nutrition Malaysia juga menunjukkan responden dalam kalangan mereka yang menghidap diabetes, sepakat berkata, menguruskan diabetes mengambil terlalu banyak masa serta tenaga mereka.

Dalam masa yang sama, penjaga penghidap diabetes juga berasa tertekan untuk menguruskan pelan diet atau pemakanan untuk penghidap diabetes.

Salah seorang daripada penjaga penghidap diabetes, Mohd Nor Azmi Nasir berkongsi pengalamannya dengan Bernama.

Menurut Mohd Nor, beliau terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Eksekutif Kanan IT dua tahun lalu untuk menjaga anak perempuan keduanya, Dhia Amani yang menghidap Diabetes Jenis 1, sejak berusia enam (6) tahun dan masih mempunyai penyakit tersebut.

Azmi mengakui bahawa beliau amat berhati-hati apabila menyediakan makanan untuk anak kesayangannya. Beliau mahu memastikan anaknya tidak mengambil gula berlebihan kerana Dhia Amani sememangnya menggemari makanan yang manis seperti aiskrim, manisan dan kek coklat.

Secara peribadi, beliau berkata sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membantu penghidap diabetes serta penjaga mereka mengatasi halangan untuk pengawalan glukosa yang baik serta mencegah tekanan akibat pengurusan diabetes, yakni menerusi kuasa inovasi nutrisi atau pemakanan.

FORMULA KHUSUS DIABETES

Penghidap diabetes perlu pemantauan yang kerap supaya mengekalkan paras gula dalam darah di samping tekanan darah, kolesterol pada paras normal atau hampir normal. Ini amat penting untuk melambatkan atau mencegah langsung komplikasi diabetes.

Sebagai menyambut seruan orang ramai untuk menghasilkan produk formula yang sesuai, yang dapat membantu menangani isu ini, Pengarah Perubatan, Abbott Nutrition Malaysia, Dr Nina Mazera Mohd Said berkongsi pandangannya: “Memanglah penting untuk penghidap diabetes supaya mengambil formula khusus bagi mereka, yang boleh menyokong kawalan glisemik (paras biasa glukosa untuk penghidap diabetes) dalam dua cara: dengan mengurangkan jumlah karbohidrat yang dimakan, dan dengan memperkenalkan karbohidrat dengan pelbagai profil penghadaman serta penyerapan.”

Formula khusus diabetes adalah berbeza daripada minuman nutrisi standard. Formula khusus diabetes mempunyai komposisi nutrien yang ditakrifkan bagi membolehkan kawalan glisemik yang lebih baik. Ia juga secara klinikalnya menunjukkan keberkesanan bagi mereka yang menghidap diabetes. Sementara itu, minuman nutrisi standard mungkin kurang berkesan untuk pesakit diabetes.

“Selama lebih 30 tahun, Abbott mengkaji dan membangunkan formula bernutrisi khusus untuk penghidap diabetes. Glucerna dengan formulasi baru memudahkan penghidap diabetes mengawal pengurusan paras glukosa mereka.

“Glucerna baru dengan formulasi diperbaiki sesuai untuk individu dengan pra-diabetes, diabetes dan diabetes sewaktu hamil (Gestational Diabetes – GDM). Ini adalah satu-satunya formula khusus diabetes di Malaysia dengan perisa gandum, yang merupakan perisa terbaharunya. Glucerna yang baru menawarkan Sistem Karbohidrat Rendah Glisemik yang baru dan diperbaiki dan empat kali lebih banyak nutrien myo-inositol untuk membantu menguruskan paras gula dalam darah; dwiserat dan campuran lipid unik untuk membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat; dan penambahan kandungan vitamin D, kalsium, zink dan zat besi untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan penghidap diabetes, ” kata beliau, sewaktu dihubungi baru-baru ini.

Beliau menambah, dengan pengambilan Glucerna, pengurangan glukosa harian boleh dilihat dalam masa secepat empat minggu.

PELAN MAKANAN PERIBADI

Dr Norlaila Mustafa, Doktor Perunding & Pakar Endokrinologi, dan Ketua Jabatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, ketika diajukan soalan bagaimana penghidap diabetes boleh memperbaiki pemakanan mereka, berkata: ” Tidak ada satu-satu diet yang sesuai untuk semua pesakit diabetes. Sebaliknya, pelan makanan peribadi adalah yang terbaik, dan ini juga mengambil kira pilihan pemakanan, di samping kegiatan harian serta sasaran metabolik.”

Pesakit diabetes dinasihatkan mengamalkan diet yang rendah karbohidrat (30 hingga 90 gm sehari), banyak sayur (dua bahagian) serta sejumlah protin yang baik. Kombinasi makan dengan nutrisi yang lain dapat membantu mengekalkan glukosa darah dalam lingkungan sasaran.

“Bagi mereka yang menghidap diabetes, mengurangkan kalori sudah tentunya dapat mengurangkan glukosa darah. Menggantikan satu atau dua makan utama dengan inovasi nutrisi adalah digalakkan untuk mengekalkan pengambilan kalori yang memuaskan untuk penghidap diabetes,“ kata beliau kepada Bernama, ketika dihubungi baru-baru ini.

Bagaimanapun, Dr Norlaila menasihatkan wanita yang mempunyai diabetes sewaktu hamil (GDM), mereka boleh mengekalkan paras glukosa darah dalam lingkungan sasaran dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuk diet yang baik dan mengambil agen antidiabetik yang diluluskan untuk ibu yang mengandung.

“Wanita mendapat diabetes sewaktu hamil, sebahagiannya kerana perubahan hormon serta faktor risiko yang mungkin mereka miliki termasuk lebihan berat badan, sejarah keluarga, faktor usia, pernah melahirkan bayi yang besar atau mempunyai diabetes sebelum hamil.

“Untuk itu, adalah penting untuk seseorang wanita itu merancang kehamilan mereka supaya sihat dan mengekalkan berat badan yang sesuai sebelum menjadi hamil, ” katanya.

INTERVENSI NUTRISI

Sementara itu, Profesor Dr Winnie Chee dari Jabatan Pemakanan & Dietetik, Universiti Perubatan Antarabangsa, ketika berkongsi penemuan terkini profesional perubatan untuk memperbaiki kawalan glukosa dengan intervensi nutrisi yang betul, berkata: “Dapatan terkini daripada penyelidikan menunjukkan manfaat penggantian makanan sepenuhnya atau sebahagian, bagi menurunkan pengambilan kalori dalam pelan atau program gaya hidup yang distrukturkan.

“Intervensi jangka pendek (tiga hingga enam bulan) yang menggunakan penggantian makan sebahagian, boleh mencapai kehilangan berat badan yang banyak dan mengurangkan paras glukosa dalam darah. Kawalan yang baik ini boleh dikekalkan dengan motivasi serta pelan diet makan yang sihat untuk tempoh beberapa tahun.

“Sebaliknya, penggantian makanan sepenuhnya akan menjurus kepada pengambilan kalori yang rendah, iaitu kurang daripada 800 kcal sehari (kesemua tiga hidangan digantikan dengan diet cecair) dan dipantau rapi oleh pihak perubatan boleh menurunkan paras gula di bawah paras diabetes,” jelasnya.

Beliau bagaimanapun menekankan, ini memerlukan kerjasama pasukan pakar pelbagai disiplin termasuk pakar pemakanan bekerjasama dengan doktor untuk memantau penurunan berat badan dan menyediakan pelan makan yang betul.

RUANGAN SISI

Menurut International Diabetes Foundation, Diabetes Mellitus (DM) atau Kencing Manis adalah penyakit kronik yang berlaku apabila pankreas tidak lagi mampu menghasilkan insulin, atau apabila tubuh tidak boleh menggunakan dengan baik insulin yang dihasilkan.

Insulin pula adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas, yang bertindak seperti kunci untuk melepaskan glukosa daripada makanan yang kita makan dari sistem darah ke dalam sel di dalam badan untuk menghasilkan tenaga.

Terdapat tiga jenis diabetes, iaitu Jenis 1 (biasa berlaku pada kanak-kanak dan golongan muda), Jenis 2 (dihidapi orang yang berumur atau mempunyai berat badan berlebihan) dan Gestational Diabetes atau GDM (wanita yang menghidap diabetes semasa hamil).

Mereka yang menghidap diabetes berhadapan dengan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan serius, antaranya yang menjejaskan jantung, mata, buah pinggang serta saraf. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas