Berita

Inisiatif KWP bangunkan Madrasah Bustanul Ulum

Menteri WP dan Menteri Agama menandatangani plak sempena perasmian Madrasah Bustanul Ulum Taman Tugu selepas solat Jumaat di sana.
- Diterbit 5 Februari 2021 6:45 AM MYT

MADRASAH Bustanul Ulum yang terletak di Jalan Sultan Salahhudin, Kuala Lumpur, yang telah siap sepenuhnya pada Disember 2020 bakal menjadi salah satu kawasan tumpuan untuk beribadah.

Pembangunan semula madrasah ini telah mula dilaksanakan pada suku tahun kedua 2017 dan siap sepenuhnya pada tahun lalu di lokasi yang lebih strategik untuk kunjungan ramai.

“Kemudahan baru ini akan memberikan keselesaan di mana ia mampu menempatkan lebih 1000 orang jemaah dalam satu masa.

“Madrasah ini juga akan mempunyai tiga unit kuarters untuk kegunaan pengurusan madrasah,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TRr Annuar Musa dalam satu kenyataan.

Selain itu, gerai-gerai makanan turut dibina dalam kawasan surau untuk kemudahan pengunjung di madrasah ini.

Beliau turut berkata, kos pembinaan surau ini adalah melalui sebuah peruntukan yang telah disediakan melalui Dana Mudah Cara daripada Unit Kerjasama Swasta Awam (UKAS) dan sumbangan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Diharap madrasah ini dapat digunakan oleh warga kota dan pengunjung di kawasan ini,” ujar beliau lagi.

Kemudahan baru ini membolehkan warga kota untuk beribadah di Green Lung Kuala Lumpur hasil Projek Taman Tugu oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah). – AFIFAH AFIZAL – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas