“INI level extreme, tak tercapai akal!” Tulis pengarah popular Ghaz Abu Bakar yang memberi reaksi terhadap foto pelakon hebat Nam Ron di Instagramnya.
Kecoh dalam laman sosial apabila Nam Ron meletakkan gambarnya tanpa baju dan seluar malah bahagian alat sulitnya ditutupi dengan bantal.
Rata-rata teman artis dan netizen menganggap Nam Ron hanya mahu bergurau dan sekadar ‘suka-suka’ sahaja meletakkan foto tersebut.
Dalam hantaran itu, Nam Ron mengajak orang ramai agar berbuat baik dengan sesiapa sahaja.
“Rahsia kebahagiaan. Berbuat baiklah dengan semua orang tak kira siapa mereka.
“Ibu, bapa, saudara mara, jiran tetangga, muda, tua, baik, jahat, kaya, miskin, islam atau tak, tak kira apa bangsa, warna kulit, cantik, hodoh, perempuan, lelaki, ahli maksiat, ahli agama, ada agama atau tak, pelacur, pencuri, kaki mabuk, mat gian, mat rempit, cacat atau tidak, rockstar, pornstar bla bla bla kerana kita semua adalah sama mahkluk tuhan sekalian alam.
“Dan, bergantung penuhlah dengan Allah kerana Dialah yang mengerakkan setiap sesuatu. Dialah yang bagi petunjuk dan Dialah yang menyesatkan. Bukan kita. Amin,” tulisnya.
Namun, ada segelintir netizen yang kurang senang apabila kapsyen pada foto tersebut tidak sesuai digunakan.
“Bang, maaf saya rasa caption dengan gambar macam tak sesuai. Matlamat tak menggalakkan cara. Jangan marah bang,” tegur seorang pengguna media sosial.
“Jangan ya bercakap pasal Allah dengan gambar sebegini. Tunjuk aurat. Macam mempersendakan Tuhan pun ada. Dah tua buat cara tua,” tulis seorang netizen.
“Bukan menghukum sesama manusia tapi posting yang ni rasa macam kepincangan dari kebaikan. Saya akui karya abang memang ada kesan pada saya tapi agak kecewa dengan posting ni,” tulis pengguna media sosial lain lagi. – WILAYAHKU