Berita

Industri halal bersifat menyeluruh, lengkapi ekonomi Islam – PM Anwar

Foto: BERNAMA
- Diterbit 17 September 2024 12:08 PM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata industri halal yang bersifat menyeluruh mampu melengkapi ekonomi Islam terutamanya dalam aspek perdagangan.

Beliau berkata industri halal akan meliputi setiap kumpulan masyarakat termasuk petani, nelayan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) malah kedai runcit yang memastikan penyertaan lebih luas.

“Dalam mencapai maksud Ekonomi MADANI dan semangat Maqasid Syariah, ia mesti merangkumi hampir keseluruhan rakyat,” kata beliau pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di sini hari ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas