Berita

Ibu Syazwan Zulkifly meninggal dunia

- Diterbit 9 Februari 2025 10:57 AM MYT

PELAKON popular Syazwan Zulkifly, 38,berkongsi berita sedih pemergian ibu tercinta Allahyarham Rosnani Ali, 63, yang meninggal dunia kira-kira pukul 9 pagi malam Sabtu.

Pelakon 7 Hari Mencintaimu itu berkongsi khabar duka menerusi Instagram story.

“Mama dah tak ada,” tulisnya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara setelah lebih sebulan dirawat akibat komplikasi selepas terkena jangkitan pada paru-paru.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh, Gombak, Selangor. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas