Berita

Ibu bapa kandung Lewis Odell dicari

KANAK-KANAK yang dikenali sebagai Lewis Odell kini berada dalam jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).
- Diterbit 21 Mac 2022 5:41 AM MYT

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun.

JKM Labuan dalam satu kenyataan berkata, kanak-kanak yang dikenali sebagai Lewis Odell kini berada dalam jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).

Katanya, ibu kandung kanak-kanak tersebut yang dikenali dengan panggilan ‘Mia’ telah menyerahkan kanak-kanak itu lepas melahirkan pada 30 Ogos 2020  kepada Puan Zaiton Amiu (kakak OYLS) di Taman Rose Jaya, Kota Kinabalu, Sabah.

“Ibu atau bapa kandung atau waris diperlukan untuk berbincang dengan Pelindung kes bagi mengetahui perancangan penempatan kanak-kanak selanjutnya dengan kadar segera.

“JKM berharap ibu bapa atau waris dapat hadir ke Pejabat JKM Labuan atau boleh menghubungi terus dengan Pelindung Zamrin Abdul Malah di talian 087-424961, ” katanya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas