ALANGKAH indahnya apabila kita menerima panggilan agung pada usia yang masih muda di mana tenaga masih kuat dan kesihatan berada dalam tahap yang baik.
Justeru, agensi pelancongan dan pengendali umrah, Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kreatif dalam menarik minat bakal tetamu Allah melalui pakej dan kombo terutamanya bagi menarik lebih ramai golongan muda untuk memilih agensi berkenaan.

Pengarah Hejira Travel & Tours, Sofea Munira Ahmad Shahriza berkata, sepanjang tiga tahun penubuhannya, agensi itu telah menerbangkan lebih 10,000 jemaah malah syarikat milik anak muda ini makin mendapat tempat dalam senarai digemari oleh jemaah.
Katanya, Hejira Travel & Tours menyasarkan untuk menerbangkan lebih 10,000 jemaah pada tahun 2025.
“Fokus kami adalah untuk menggalakkan lebih ramai anak muda untuk mengerjakan umrah.
“Pakej Rindu dan Pakej Cinta pasti menjadi buah mulut semua jemaah setelah selesai menunaikan umrah. Dengan kadar pakej yang mampu milik, kesempurnaan ibadah dan keselesaan jemaah dijaga dengan baik.
“Alhamdulillah, buat masa ini Hejira menjadi pilihan anak muda dan keluarga. Oleh sebab berkenaaan, Hejira tawarkan hadiah kelengkapan umrah yang moden, minimalis, estetik dengan kadar pakej yang mesra jemaah,” katanya pada majlis Pelancaran Wisma Hejira Bandar Baru Serenia, Sepang yang dibanjiri lebih 2,500 bakal tetamu Allah baru-baru ini.

Beliau dan suami selaku Lembaga Pengarah Hejira, Mohd Shahril turut bersyukur dan tidak menyangka dengan sambutan menggalakkan oleh bakal jemaah yang datang dari dekat dan jauh.

Pengunjung yang hadir ke majlis ini rata-rata menyatakan kegembiraan dan rasa puas hati dengan perkhidmatan dan pakej yang ditawarkan.
“Saya dah tiga kali pergi dengan Hejira, pakej dia memang best, puas hati. Harini datang untuk bayar pakej lagi. Kalini pergi dengan keluarga, Januari nanti,” luah salah seorang pengunjung, Azzuwaniah Asri.
Program ini telah dirasmikan Datuk Faridah Hanim Haron, Guru Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan, Presiden Annems Leadership Solution.
Apa yang menarik, 30 cabutan bertuah berupa hadiah pakej umrah turut ditawarkan kepada pengunjung yang hadir. – WILAYAHKU