Berita

Hassan Marican ketua badan penasihat khas Menteri Kewangan

- Diterbit 7 Februari 2023 1:31 PM MYT

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican dilantik mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.

Mengumumkan perkara itu hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan empat lagi anggota badan penasihat khas itu ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd, Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Prof Ulung Dr Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad Datuk Abdul Hamed Sepawi.

Anwar berkata kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku menteri kewangan.

Beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa anggota badan penasihat khas itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas